Tokong guna nama orang Islam

Gambar tokong yang dirakam penduduk di kawasan perindustrian Krubong.

KRUBONG - Kewujudan sebuah tokong di kawasan perindustrian Krubong di sini yang menggunakan nama orang Islam menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan masyarakat Islam di situ.

Menurut mereka, tokong itu wujud sejak kira-kira 30 tahun lalu, namun hanya menyedari ia menggunakan nama “Datuk Haji Jawi Shamsuddin” sejak dua minggu lalu.

Seorang penduduk, Sham Kamat, 47, berkata, dia tidak berniat untuk mencampuri aktiviti keagamaan kaum lain namun, tindakan pihak terbabit menggunakan nama orang Islam memang tidak boleh diterima.

Menurutnya, perkara itu perlu disiasat pihak berkuasa termasuk untuk mengetahui sebab mengapa mereka menggunakan nama orang Islam di tokong berkenaan.

“Kita tidak mahu mengganggu urusan atau aktiviti keagamaan kaum lain tetapi tindakan mereka menggunakan nama ini boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai.

“Memanglah hari ini kerajaan melaungkan slogan 1Malaysia tetapi janganlah sampai isu keagamaan pun hendak di 1Malaysiakan,” katanya, semalam.

Sham berkata, tokong berkenaan juga terletak hanya kira-kira 10 meter dari surau tempat pekerja kilang terbabit menunaikan solat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (Jaim), Rahimin Bani ketika dihubungi berkata, penggunaan nama yang berkaitan Islam atau orang Islam seperti Datuk Haji Jawi Shamsuddin  tidak sepatutnya dilakukan oleh bukan Islam apatah lagi ia diletakkan di tokong.

“Perkara ini boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan masyarakat Islam. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) diharap dapat menguatkuasakan garis panduan pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam,” katanya.

Beliau turut mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan Islam terus dimartabatkan di arus perdana seiring dengan peruntukan perlembagaan negara.

“Tindakan undang-undang juga akan dikuatkuasakan kepada pihak yang sengaja menimbulkan kegusaran dan  isu sensitif umat Islam,” katanya.

7 Tentara Wanita Terbaik Di Dunia

7. Loretta walsh
Loretta adalah wanita pertama yang terdaftar dalam kesatuan Angkatan laut Amerika serikat di perang dunia ke 1. Wanita kelahiran 22 April 1896 ini adalah salah satu ahli strategi pertempuran laut yang ikut andil dalam pertempuran melawan Jerman di front Psifik, kegemilanganya dalam menerapkan strategi perang laut membuat Jerman harus kehilangan 5 kapal tempurnya.



6. Oveta Culp Hobby
Hobby adalah wanita pertama di dalam kesatuan angkatan darat yang mendapatkan US Army Distinguished service medal, yaitu medali kehormatan yang hanya diberikan kepada prajurit-prajurit Amerika serikat terbaik. Pada awalnya ia hanya bertugas di bagian editor, tetapi karna kegemilanganya, ia kemudian bertinjauan menduduki posisi penting di kemiliteran Amerika serikat, dan segera setelah ia mendapatkan medali kehormatanya di tahun 1945, ia kemudian naik pangkat menjadi kolonel.



5. Elsie S. Ott
Ia adalah Prajurit Amerika yang bertugas sebagai perawat penerbang. Walaupun ia tak pernah mendapatkan pendidikan formal dalam dunia medis penerbangan, tapi nyatanya ia bertinjauan merawat banyak pasukan penerbang Amerika serikat. ia juga mendapatkan medali medis penerbangan Amerika serikat karna peran aktifnya dalam perang dunia ke 2.



4. Cordelia E. Cook
Cordelia E. Cook menjabat sebagai Korps Perawat Angkatan Darat selama Perang Dunia II dan berdiri sebagai wanita pertama yang menerima dua penghargaan atas tindakannya selama perang: Bintang Perunggu dan Purple Heart. Cook ditempatkan di Italia dan bertinjauan melakukan tugasnya sebagai perawat selama waktu pertempuran sulit dan kawanan tentara yang terluka dan sekarat. Ia berada di dalam pertempuran langsung ketika bertugas merawat para korban yang terluka.



3. Margaret Corbin
Margaret Corbin adalah wanita yang ikut bertempur langsung di Perang Revolusi Amerika. Pada awalnya ia adalah seorang wanita biasa, Tapi pernikahanya dengan John Corbin pada tahun 1772 yang seorang pejuang membuatnya harus ikut bertempur. Mereka berdua berjuang bersama ratusan orang berjuang melawan pasukan Inggris, terutama di Fort Washington di Manhattan.



2. Jamila
Jamila yang mempunyai nama lengkap Djamila Bouhired ini adalah seorang pejuang bwanita yang paling terkenal di dunia. Ia adalah pejuang nasional Aljazair. Bersama mahasiswa-mahasiswa aljazair lainya, ia tergabung dalam Front pembebasan Nasional Aljazair. perjuanganya melawan pendudukan Prancis di aljazair tak hanya melalui jalur Diplomasi, Ia juga aktif dalam jalur baku tembak dengan pasukan prancis.



1. Joan of Arc
Boleh dikatakan bahwa Joan of Arc adalah simbol ksatria prancis, Dialah prajurit wanita yang namanya menyeruak di dunia kemiliteran dunia. Ia adalah wanita yang ikut bertempur langsung dengan Pasukan Inggris dalam rangka mendapatkan kembali tanah Prancis. Ia banyak memenagi pertempuran bersama pasukan Prancis sebelum akhirnya ia tertangkap dan dihukum mati pada bulan Juni 1456. namun ia tetaplah dianggap sebagai Wanita suci sekaligus pahlawan wanita paling berpengaruh di negara Prancis.

 
sumber

Penduduk Pakistan bidas Madonna

MADONNA membuat persembahan semasa konsert jelajahnya berlangsung di Pusat Staples, Los Angeles pada Rabu lalu.
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Madonna dibidas oleh beberapa penduduk Pakistan ekoran tindakannya menanggalkan baju sebagai tanda sokongannya terhadap seorang gadis 
Pakistan yang cedera ditembak anggota kumpulan Taliban, lapor akhbar dalam talian MailOnline.

Gadis itu, Malala Yousafzai, 14, ditembak di bahagian kepala pada 9 Oktober lalu kerana dia menyokong hak pendidikan untuk golongan wanita.

Para peminat itu membidas perbuatan Madonna selepas mereka menyaksikan rakaman persembahannya di Pusat Staples di sini pada Rabu lalu.


Penyanyi lagu Material Girl itu menanggalkan baju dan mendedahkan coli serta seluar dalamnya semata-mata untuk menunjukkan rasa simpatinya terhadap Malala yang kini berada dalam keadaan parah di sebuah hospital.
Seorang rakyat Pakistan yang menghantar kenyataan di laman Twitter, menyatakan Madonna tidak menghormati Malala dan berharap gadis itu tidak diganggu.

Seorang lagi pengguna Twitter mengutuk Madonna kerana tindakannya dianggap tidak sesuai dan hanya mahu memperoleh populariti murahan.
Penyanyi itu sebelum ini pernah meminta para penonton menyokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada pilihan raya presiden yang akan diadakan pada 6 November depan.

Dia turut menunjukkan tatu nama Obama itu di belakang tubuhnya semasa dia membuat persembahan pada salah satu konsertnya pada September lalu di AS. - Agensi

274 Maut Akibat Taufan Bopha Di Selatan Filipina


274 Maut Akibat Taufan Bopha Di Selatan Filipina
274 Maut Akibat Taufan Bopha Di Selatan Filipina - NEW BATAAN, Filipina : Jumlah kematian akibat taufan Bopha yang melanda negara ini meningkat kepada 274 mangsa semalam.
Selain itu, ratusan mangsa lagi masih tidak ditemui manakala beberapa pasukan penyelamat sedang berusaha untuk tiba ke beberapa kawasan yang terputus hubungan akibat banjir dan tanah runtuh.
Taufan Bopha membadai selatan kepulauan Mindanao pada hari Selasa lalu sekali gus menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan menerbangkan ribuan buah rumah dengan kelajuan angin 210 kilometer sejam sebelum menghala ke Laut China Selatan.
Ketua Pertahanan Awam, Benito Ramos berkata kepada wartawan, bahawa seramai 253 mangsa maut di sekitar kawasan pergunungan di New Bataan dan Monkayo ekoran taufan itu. – Agensi