
Kali pertama mendengar lagu ‘The Fox’ nyanyian duo komedi Norway, Ylvis dimainkan di corong radio, penulis tidak dapat menangkap apa maksud yang cuba disampaikan melalui lagu mereka ini.
Bagaimanapun, selepas mendengarnya berkali-kali, ia terasa semakin menarik sekaligus membuatkan penulis mencari video ini di laman YouTube.
Memang cukup melucukan apabila mengetahui bahawa lagu ini hanya berkisar mengenai bunyi binatang terutamanya serigala.
Antara baris lirik lagu tersebut ialah:
Dog goes woof, cat goes meow.
Bird goes tweet, and mouse goes squeek.
Cow goes moo. Frog goes croak, and the elephant goes toot.
Ducks say quack and fish go blub, and the seal goes OW OW OW.
But there’s one sound that no one knows…
WHAT DOES THE FOX SAY?
Ring-ding-ding-ding-dingeringeding!
Gering-ding-ding-ding-dingeringeding!
Gering-ding-ding-ding-dingeringeding!
Itu belum ditambah lagi dengan tarian yang anda boleh lihat melalui muzik videonya. Memang boleh ketawa sampai pecah perut!
Menariknya, setakat ini ia sudah ditonton oleh 107,058,655 penonton sejak dimuatnaik pada 3 September lalu.
Agak-agaknya, mungkin peminat ‘Gangnam Style’ mungkin boleh mencuba gaya Ylvis pula selepas ini?
Oleh: ELZA
Posting Komentar