Secara realitinya, Isu PTPTN adalah satu isu yang sangat dekat dengan anak muda hari ini. Masing-masing pernah menjadi pelanggan PTPTN bagi mendapatkan pinjaman untuk tujuan melanjut pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Jadi, bagi kami sekurang-kurangnya kerajaan harus sedia mendengar suara mereka. Bagi kami, kerajaan haruslah mencari mekanisme lain dalam menguruskan PTPTN menjadikannya lebih baik dan “mesra pelajar” bukannya “menekan pelajar”.
“Meneliti isu PTPTN daripada pelbagai sudut. Positif dan juga kesan negatifnya secara berilmiah”
Golongan muda sebenarnya sifatnya berani, suka mencuba, suka mendengar dan memerhatikan apa yang berlaku di sekitarnya dan mereka akan cepat bertindak (respon) setiap perubahan yang berlaku di persekitarannya. Walaubagaimanapun, mereka terlalu muda dan masih lagi terus untuk menimba pengalaman.
Itu sebablah kadangkala….dalam mereka “berjuang” mereka kelihatan sedikit terlupa sehingga menyebabkan mereka “terbabas” dan dilihatkurang berakhlak dan kurang beradab ketika turun memperjuangkan sesuatu isu. Sehingga acapkali kedengaran ada perkataan cacian dan makian dihamburkan kepada pemimpin atasan. Adakah dengan cara sebegini rupa, boleh menyelesaikan selesai masalah?
Apa yang kami perhatikan, Golongan muda sepatutnya bebas daripada unsur-unsur kepartian ketika mahu memperjuangkan sesuatu isu. Ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan halatuju mereka tanpa ditentukan oleh pihak lain, samada pembangkang ataupun kerajaan.
Jika benarlah mahu memperjuang dan membawa nama parti anda, buatlah dan lakukanlah ketika berlangsung Pilihanraya umum ke 13 contohnya nanti. Samada apa sahaja pilihan parti anda sekalipun, terpulang. Itu hak anda…..Tetapi apabila berbalik semula kepada isu PTPTN, kalau boleh elakkan :
“menjaga akhlak dan mengawal bahasa dalam melontarkan slogan-slogan ataupun tuntutan dalam tuntutan berdemontrasi”
Dikatakan sekitar 300 orang mahasiswa telah turun berhimpun di ibu negara Sabtu lalu. Apa yang mereka mahukan sebenarnya :
- menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan
Video Demo Mansuh PTPTN
Video Mahasiswa Berhimpun di Dataran Merdeka
Untuk laporan berita kali ini di Berita Semasa, pendirian kami masih kekal supaya dapatlah kiranya kerajaan mempertimbangkan supayamemansuhkan caj pentadbiran. Samada mahu mangadakan pendidikan percuma atau tidak kami pulangkan semula orang-orang politik dan pemimpin negara bagi mencari penyelesaian yang terbaik. Pendidikan adalah hak untuk rakyat.
“Pelajar hanya perlu bayar semula untuk jumlah pinjaman sahaja”
Kalaupun kerajaan sekarang merasakan untuk memansuhkan PTPTN adalah tidak masuk akal dan boleh buat negara kita menjadi muflis, sekurang-kurangnya, hapuskan caj pentadbiran untuk rakyat sendiri. Apa pendapat dan cadangan anda pula..?