
ARAB SAUDI – Ratusan ribu jemaah haji melontar jamrah yang dilakukan pada hari pertama Hari Raya Aidiladha semalam.
Para jemaah itu melontar batu ke arah struktur batu yang merupakan simbolik sebagai melontar ke arah syaitan.
Walaupun jumlah jemaah haji pada tahun hanya dua juta iaitu berkurangan berbanding 3.2 juta pada tahun lalu, kawasan Mina dipenuhi dengan lautan manusia yang berpakaian putih untuk mengerjakan haji.
Para jemaah itu melontar batu kecil ke arah struktur batu itu.
Namun, terdapat sejumlah jemaah dari Syria yang membawa bendera kumpulan penentang Presiden Bashar Al-Assad di sekitar kawasan tersebut.
Sejumlah lagi jemaah haji dari Mesir menunjukkan empat batang jari mereka sebagai tanda sokongan ke atas Mohamed Morsi yang digulingkan tentera Mesir dalam satu rampasan kuasa.
Ratusan anggota polis mengawal tempat melontar batu itu.
Namun, pergerakan jemaah tidak sepadat seperti pada tahun lalu.
“Jumlah jemaah pada tahun ini lebih kecil berbanding pada tahun lalu menyebabkan pergerakan menjadi lebih mudah,” kata seorang warga Pakistan, Shiraz Khorshid.
Para jemaah itu mengikuti perbuatan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS yang membaling batu ke arah syaitan. – Agensi
Posting Komentar